Friday, March 19, 2010

Amat menjengkelkan naik bus bila...

klik gambar untuk besarkan

Bas lambat

Adoi la..aku marah betol la. tp mcm ni lah nasib penumpang bus yg setia mcm aku ni. Bas ni pulak unpredictable. Asal aku kuar awal, dia dtg lambat. Kalau aku kuar lambat kang mmg jadi makin lewat lah aku gi keje.

Tertinggal barang

Aku ni kadang2 dah la bangun lambat pastu kelam kabut turun tangga nk kejar bas. Nak kena melintas padang lak. Dah sekerat jalan, ade barang tertinggal pulak... dah kena naik balik rumah. rumah nasib baik kat tingkat 2 je. (walaubagaimanapun tetap membakar lemak2 ku. Aku dh la sayang lemak)

Tertinggal bas

last2..tertinggal bas. Lagi sakit ati bila ditinggal bas di depan mata. meluncur laju meninggalkan aku termangu-mangu. uhh..#%*&@$)^$ pantas molot comelku mencaroot-maroot..memang pemandu dengan bus tu skali aku maki. Inilah..pemandu bus x alert!!! Stupido! Tak nampak ker aku melambai-lambai kat tepi jalan tu? Susah nk kejar bas tu sebab aku terpakse melintas 2 batang jalan sebelum ke bustop.Susah siot. dah la banyak kete. Silap lintas badan binasa. (bak kata kawan aku "x pasal2 nk kena kutip tulang tengah jalan pulak") uwa...

Pemandu yang takde sivik

Dh naik bas, driver pulak tak ensem. adoi la. dah la tak ensem, bawak bas mcm kete f1. kalo dia nk break ikot suka ati dia jer. yang nahasnyer penumpang yang berdiri la. Senget2 badan nk imbangkan. Tangan yang tak sempat capai silap-silap melepuk!! kepala orang duduk. Yang kena lepuk lak nk marah pun x boleh sebab tak disengajakan. Ikotkan ati aku nk jer aku sekeh2 kepala driver tak ensem tu. eii..

Penumpang yang tak sedar diri

Lagi aku x paham ialah si penumpang yang suker conquer seat. Contohnya si polan ni suke sangat letak barang atau beg kat seat sebelah dia. Menyusahkan orang lain yang nk duduk kan. Ader yang buat bodo jer. Oiii! ko bayar tambang lebih ker nk pakai dua kerusi ni? Agak2 la wei.. Aku tgk orang lain tak tegur si si polan dan sanggup berdiri. Ish.. ish.. tak patut. Kalau aku nampak memang silap la. Aku bg isyarat jari jer suruh dia angkat beg kasi clear itu seat..dapatlah aku duduk..hehe..

4 comments:

ParkAir said...

nape ko x baik moto je, merempit sikit. bagus la ko tegur orang tu, kalu aku x berani nk tegur hehe..

ayunda maajis said...

aku x baik motor sbb aku xder lesen, kaki xsampai lak tu..huhu sedih2

alphaville said...

x ambk mmg x da lesen.... bli benda lain ader duit plk? uik.... g ambk lesen bulan dpn!!!! CEPAT!!!

ayunda maajis said...

@alpha
nk amik lesen? huhu..saya miskin..