Sunday, September 26, 2010

Dalam beg ada bag



Kak, boleh tengok bag? Wah..akak ni memang 1 Malaysia la.Pakai bag pon tak der brand..Klass akakkk..kuikui..

Tak pasal-pasal aku diterjah.Tapi bukan oleh abang rambut ketak.Atau pon si Awal Ashaari.Kang tak pasal-pasal aku masuk Fuhh! Wahaha..glemer la sangat.

Terjah jangan tak terjah..mari kita selongkar ape kebendanya yang aku dok seret ke sana ke mari kt bahu kiri. Kalo tak bawa mende-mende ni rasa x complete kot.



Ops..lupa nk attach lagi 2 barang yg mesti ader dlm beg aku iaitu kunci umah dan handphone ku yang tak canggih itu..huhu..

Wednesday, September 22, 2010

Punca aku cemuih time raya

Adoi la..aku kalo part ni aku rase malas betol la. Cemuih betol aku rase. Boleh ilang mood raya sakan aku. Bukan itu sahaja. Malahan potong selera aku time mengunyah biskot raya. Eii...

Pak Dogol dan suku sakatnya.mungkinkah ini? Huahuahua..

Ha? Tak paham? Apa aku mengaroot? Alolo cian nyer dia tak paham. Ni haaa..Ada ke patut tanya solan yang tak munasabah kat aku. Asal aku beraya umah jiran tetangga, jiran sebelah umah kawan aku, umah Mak Long, Pak Ngah, Pak Dogol dan suku sakatnya, umah Opah, sepupu sepapat...hehe yer..aku tipoo..aku tak kenal pon sape itu Pak Dogol & suku sakatnya. Dan aku tak der Opah..huahua..tapi bukan itu isunya.

Ini isu pasal solan-solan yang tak patut ditanya time jumpe aku.Contohnya:

1. Alahai..halusnya..kat KL tak cukup makan ker?
- Ni solan yang dah berpuluh tahun aku dengar dah. Dah malas dah aku nak jawab. Kang tak pasal-pasal selipar masuk dalam molot tu.. Lagi satu..bila masa lak aku dok kat KL? Aku dok Shah Alam la dol..

2. Bila nak kawin?

- Adui la..bertunang pon belum dah ditanya pasal kawin. Ei..cibuk betollah korang ni. Mak abah aku pon tak tanyer. Korang pulak yang kecoh. Bukan dapat pekdah pon kalo aku jawab solan tu. Lain la kalo mokcik-mokcik sume nak kenen-kenenkan anak bujang. Tapi sila pastikan mereka-mereka itu berbaloi-baloi yer..kikik..

Yer..udah-udah ler tanyer solan yang merepek tu. bagi la aku makan juadah dengan tenang. Ha tambah nasi lagi..tambah lagi..sila..sila..huahuahua..

Sunday, September 19, 2010

Punca aku suka nak kuar beraya

Acu jadi penjaga lemang..nasib badan

Masih lagi dalam mood raya.Sape-sape nak buat open house sila la jempot saya..sebabnya time raya pertama tu..seronok sangat.Ngalahkan budak kecik dapat duit raya.Paling seronok sebab dapat makan free.Giler ko.Dah rezeki namanya, telan ajelah ape yang ader depan mata.Raya kan..memang halal lah kan.Bukan macam kenduri.Kena tunggu orang menjemput dulu..Kalo tidak haremm..

rendang daging kancil.pernah try?

Ketupat,rendang,nasi impit,lemang, uiii sate pon ader.Weh umah Cek Arah ader lontong ngan sayur lodeh, ader rendang kancil (hehe ni umah aku lah)..Umah Cek Semah ade sate indonesia,Umah Cek Piah ade bihun.Umah Cek Milah ade laksa.Muahaha..heaven nyer.Mana nak jumpe lebih 1o juadah free dalam 1 hari? Meh habaq mai..

Pastu..balik umah terus membungkang dengan perot boroi.Sedar-sedar je mak aku kejot.Nak beraya umah besan dia katanya..Terus aku follow..Terpisat-pisat mata..Disuakan nasi tomato pula.Itu kat umah abang ipar aku..Burp..sekali.Burp..dua kali..Ahahah Then ke rumah kak ipar pulak.Ha..makan lagi..Aiyo..sate lagi..lagi-lagi sate..sate lagi-lagi.. Nampaknya sate juadah paling popular raya tahun ni.

Raya ketiga, 3 buah kereta meluncur laju ke Kuantan.Visit mak long's family.Ngam-ngam sampai time lunch.Molot disumbat lagi.Kali ni nasi minyak menyinggah ke molot comel ini.Burp..3 kali..aku ceduk pula bihun sup semangkuk..Fuh layan...

Sebelah petang pulak..kitorang serbu umah Pak Ngah.Uish..dihidangnya buah langsat.Sungguh Malaysia bukan? Weehuu..perot kenyang, makan free, dapat jumpe sedara-mara,dapat jalan-jalan.Apa lagi mau? Muahaha!

Sunday, September 5, 2010

Saguhati Biskot Raya in Advance..TQ

arini malas nak cerita panjang manjang..siang tadi berkepak kat opis je..main tenet sampai mosan. bila rasa dah agak-agak mosan tu aku grab novel bermuka surat 1166. Wrote by Ahadiat Akashah(yer..penulis yang sama ngan Lagenda Budak Setan tu)

Tapi yang ni tajuknya HIKAYAT CINDERELLA. ntah tetiba aku terkena sawan nak membaca pulak..memang dah lama sangat tak mengulat buku ni. Let it be my new hobby ya..

nah cari novel ni kalo nak tau cerita dia caner..aku malas nak bagitau


penanda buku feberet..yer aku buat sendiri ni :-p

Tengah dok layan sehelai-sehelai muka surat tu aku kaleh..satu gadis datang nak collect barang..macam biasa la dia datang bawa senyuman tapi kali ni ber saguhati kan sebekas kuih raya..weehuuuu...bertuah nya aku..belom raya dh dapat kuih raya in advance..dia memang customer paling besh lah..ahaha

Last time dia bawak goodies bag bertimbun dan bertapaukan pulut kuning..perh..kari ayam makcik buat masyukk..huhu ini gara-gara aku tak dapat datang kenduri kahwin ahli keluarganya.huhu terharu nyer..mana ade customer yang baik macam ni...uwaa tatau caner nk membalas ni..

kuih raya freeeee..weeee


Dah nak raya wei..duit raya aku mana? sape yang dah janji nk menghulur tu..beringat la yer..nanti aku tuntut tau..hehe

p/s: jutaan terima kasih buat family Musjaya for the biskut raya.Shedappp sgt dapat makan biskot free..tatau nak balas macam mana ni nanti..huhu

Wednesday, September 1, 2010

spesis yang racist pada kaum itu


Yer..kamu spesis yang racist pada kaum itu.Yer..kamu juga spesis kurang ajar pada kaum itu.Bodoh la kamu ni. Kamu datang lambat. Terhegeh-hegeh angkat barang. Plastik makanan kat kiri kanan tangan.Bawak bekal macam 10 hari tak makan. Kamu pulak nak menghalau kaum itu.Ewah sukati kamu yer. Kaum itu kaum India. Memang sah-sah ler mereka tak puasa. Tapi apa hak kamu nak halang mereka dari melepak di meja tepi tasik itu? Tak reti nak menghormati hak orang lain.

Kat tasik Seksyen 7 tu banyak lagi kot port nak duduk berbuka.Kamu nak jugak main jeling-jeling ngan kaum itu. Tak pasal-pasal kaum itu angkat kaki.Blah terus.Nampak air muka kaum itu bengang.Hah aku punyer air muka pun terpapar bengang jugak ni.Bukan aku sorang yang tak puas ati.Angah ngan abang ipar aku pon sama.Ei...tak 1 Malaysia langsung!

Eleh kecoh betol. macam la kamu tu puase.Beriya-iya nak berbuka.Nak port cantik, datang awal la wei! Kaum lain pon nak lepak tasik juger. Nak dating juger. Tak der pulak aku nampak signboard 'AREA UNTUK ORANG BERBUKA SAHAJA'. Sengal! Buduh! Kurang ajar! Itulah kamu..